Isnin, 30 Mac 2009

DUNIA YANG SEMENTARA.

"Dan kalaulah tidak kerana kemurahan Allah dan kasihsayangNya kepada kamu, tiadalah seorang pun di antara kamu yang bersih buat selama-lamanya, tetapi Allah mensucikan orang-orang yang dikehendakiNYA; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Tahu "

An-Nur: 21

Allah mengampuni hamba-hambaNYA selagi mana tidak mencapai batasan Syirik. Jelas bila hari ini mereka yang dekat dan akrab di hati serta anak didik setiap hari telah mebuatkan kami terduduk, longlai dengan hentakan peristiwa natijah tersungkurnya mereka dengan nafsu. Tidak mampu memandang mata, bukan benci namun gementar tubuh mengingatkan hebatnya percikan dosa mereka, bukan mengabaikan namun risau andai pandangan mata berbaur zhon yang tidak baik dan dua yang tidak ikhlas pula atau syuur yg tidak baik juga.


Ibnu Masud telah meriwayatkan " Orang Mu’min melihat ia akan dirinya dari dosa-dosa seolah-olah ia duduk di bawah bukit di mana ia takut kalau-kalau bukit-bukit itu jatuh ke atasnya. Dan orang munafiq melihat ia akan dosa-dosanya laksana lalat-lalat yang menghinggap pada hidungnya, mudah untuk menghalaunya dengan jari telunjuknya saja."


Antara sayang manusia dan kasih Allah

Betapa hebatnya panahan dunia, sehingga manusia mampu tersungkur di dalamnya. Sedarlah kita, bahawa sehebat mana cinta, kasih sayang pada manusia tidak mampu menandingi kasihsayang Allah yang Maha Hebat dan luas terhadap hambaNYA.Sedalam mana juga sifat ihsan dan belas kasihan dalam nubari kita masih tidak mampu juga menandingi pengampunan dan Maghfirah Allah. Kerana Allah, luasnya kasihsayangNya akan mengampunkan sekian dosa makhlukNYA. Sedang kita, sukar untuk melupakan walau boleh memaafkan kerana di situ membuktikan akan sifat kita selaku manusia yang terbatas sifat dan kasihnya.

Berkata Nabi Allah Isa r.a kepada sahabat-sahabatnya: " Di manakah tumbuhan biji-bijian itu? Menjawab sahabat Isa: Dalam bumi. Maka Isa r.a berkata: Nah demikianlah hikmah Allah tidak akan timbul kecuali dalam hati yang laksana bumi".

Kasih Allah tidak terbatas


" Jika kamu ingin hitung nikmat-nikmat Allah pastilah kamu tidak akan mungkin menghitungnya ( meliputinya )," Ibrahim: 34.

Sebagai manusia bagi kita segalanya terbatas samada kasih pada keluarga, teman-teman, pasangan hidup atau binatang. Luahkanlah, sayangilah sehebat mana jua masih sedikit andai ingin dibandingkan dengan kasihsayang Allah yang MAHA LUAS dan TIDAK TERBATAS. Hanya dengan tajalliyat dari sifat RAHMAH dan RAHIM Allah, maka merasalah dan milikilah kita rasa sayang untuk diaplikasikan kepada yang hak,untuk yang hak dan demi menunaikan hak di alam ini.

Love without boundaries hanya ada pada Allah dan hanya dimiliki Allah. Kita tidak akan ada rasa sebegitu walau kita mengakuinya kerana kita…MANUSIA. Kalau anda mengimpikan memiliki cinta daripada manusia yang eternal dan everlasting maka

ibarat bermimpi di siang hari. Sehebat mana kuasa cinta yang diperolehi dari manusia tidak terbanding dengan luar biasanya kasih sayang Allah. Tidak terbanding pasti.

Kasih Allah diberi paling istimewa kepada ibu

Memadailah andai kita menyedari kasih ibu yang telah Allah beri hanyas sedikit dibandingkan dengan Kasihsayang Allah, maka ibu jugalah peranan utama lagi objek pertama yang harus menggunapakai perasaan itu untuk mendidik anak-anakNYA mengenal pencipta, kerana IBUlah pendidik utama yang diberi rasa sayang oleh ALLAH untuk mengenal pencipta. Maka duhai ibu-ibu jalankanlah peranan anda. Ramai manusia ketinggalalan di belakang kasih Tuhan kerana leka ibu mendidik sejak dari rumah.

Percayalah, bagaimana jua kita merasa telah melakukan kerja, maka perlu sedar amat dunia sebenar lebih mencabar, lebih memerlukan segala kasih sayang untuk merealisasikannya, lebih dari jerih perih, ianya lebih dari kata-kata, ianya lebih dari tulisan, ianya lebih dari usaha-usaha didikan sesama kita, lebih dari seminar, lebih dari kertas, lebih dari usrah.

Tuntasnya, kerana ianya bermula dari sebelum ibu mengandung malah lebih mujur lagi ianya bermula sebelum wanita-wanita bergelar ibu, dari didikan nafsu , hati dan diri dalam berjalan menuju mengenal Allah.

Maka sahaja Allah beri secubit kasihNya untuk si ibu mendidik anaknya dan menekankan kasih ibu itu juga hanya sedikit dibandingkan dengan kasih Allah menjadi indikator yang menunjukkan peranan ibu merupakan momentum utama dalam pendidikan seorang manusia.

Love is all about forgiving and forgot

Syeikh Ahmad Semait telah menulis.


" Jika Engkau menjanjikan apineraka kepada sesiapa yang berdosa

Namun janjiMu akan pengampunan tiada terbatas dan tertara

Jika Engkau punya kuasa dapat membalas dan menyiksa

Namun sifatMu belaskasihan juga Pelembut Pengurnia

Kami semua memang berdosa namun tabirMu menutup sentiasa

Dan tiada apapun yang Engkau tutupi akan didedah dan dibuka

Kalaulah kami tidak bersalah dan Engkau Pemurahhati Pengampunkan

Siapa lagi selain kami yang bersalah dan siapa selainMu Pemaafkan

Moga kita berdoa supaya kita diberi Allah selamat dan afiat daripada dosa dan maksiat, dan dari segala keingkaran dan munkaratm dan daripada keaiban diri dan api neraka, Amin.".

Love is all about forgiving and forgot. Allah jua yang maha sempurna. Maka perlu sahaja kita belajar dari sifat Allah yang Maha pengampun dan penyayang untuk kita sedar siapalah kita untuk merasa terlalu besar sesuatu kesilapan dan kesalahan untuk dimaafkan. Sedang Allah Pencipta dan Pemberi segala Kurnia sifat PengampanuNya sahaja melebihi dari dosa-dosa makhluk-makhlukNya. Maka siapalah kita untuk tidak memaafkan!


Jalaluddin Ar-Rumi telah bersyair.


"Be grateful for whatever it comes,

Because each has been sent

As a guide from beyond"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.