Jumaat, 30 Januari 2009

BANTU LAH WANITA INI..


Pihak berkuasa Agama Islam diminta prihatin terhadap nasib seorang wanita Islam /Melayu yang kini menjadi penghuni tinggal Pusat Jagaan Orang Istimewa Mentakab bukan Islam.

Wanita berusia 35 bernama Maryam itu dipercayai telah lama mendiami pusat selepas dihantar adik beradiknya kesitu. Ibu bapa Maryam dipersayai telah meninggal dunia.

Pusat berkenaan dikendalikan sebuah keluarga India yang prihatin terhadap insan kurang upaya.

Maryam yang sempurna dari segi fizikal dikatakan mengalami masalah kemurungan dan bergantung kepada ubat-ubatan. Dipusat itu jadual pemakanan ubatnya diurus penjaga kerana Maryam dikatakan tidak mampu menguruskan sendiri.

Mengulas perkara berkenaan, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh, Ustazah Siti Zaleha Sulaiman berkata, pihaknya pirhatin terhadap nasib Maryam dan akan mencari jalan terbaik untuk membantunya.

“Kami berpendapat sebagai Muslim, Pusat Jagaan itu kurang sesuai dengannya kerana persoalan agama tidak difahami pihak pengurusan, Justeru Maryam harus diletakkan dibawah jagaan institusi lain yang lebih sesuai denganya sebagai seorang muslim.

“Saya fikir pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Daerah dan lainya wajar memberi perhatian terhadap insan seperti Maryam, ” katanya.

Selain Maryam terdapat serang kanak-kanak muslim dihantar kepusat itu bernama Farah 7 tahun. Keluarga Farah akan menghantarnya pada sebelah pagi dan mengambil pada waktu petang.

Menurut Zaleha usaha murni kerluarga terbabit membuka pusat berkenaan membantu bagi insan istimewa harus dipuji kerana mereka bukan sahaja membantu insan istimewa itu sahaja tetapi juga keluarga mereka yang menghadapi masalah untuk penjagaan anak istemewa mereka.

Terdapat 20 orang kurang upaya tinggal di pusat berkenaan terdiri daripada Melayu (2), India (8), Cina (10) . Mereka terdiri daripada lelaki (10) peempuan (9), lapan daripada meeka adalah anak yatim.

“Dengan adanya pusat berkenaan mana-mana keluarga yang mempunyai anak istemewa boleh menyerahkan kepada pusat itu dijaga dan merawatnya dengan sempurna,” katanya.

Zaleha berkata, beliau kesal kerana tiada NGO muslim atau jutawan Muslim tampil menubuhkan pusat jagaan sedemikian setakat ini walaupun pusat sedemikian adalah perlu.

“Saya fikir sudah tibalah masanya bagi umat Islam sama ada Ngo mahu individu yang berkempuan membina pusat jagaan seumpama itu yang kini dimonopoli Ngo bukan Islam serta pertubuhan kristian antarabangsa,” ujarnya.

Bagi ketua penerangan Dewan Muslimat PAS Temerloh, Ustazah Mursyidah Mohd Amin berkata, kujungan Dewan Muslimat dan Lajnah Antara Budaya ke Pusat Jagaan itu baru-baru ini dapat menginsafkan kita bahawa disebalik keselesaan hidup terdapat insan istimewa yang bergantung hidup kepada orang lain.

“Terdapat penghuni di pusat berkenaan yang mampu apa-apa hanya mengharapkan simpati penjaga untuk makan, pakai dan sebagainya, ia sungguh menginsafkan,” ujarnya.

Kunjungan Dewan Muslimat ke pusat berkenaan sempena Tahun Baru Cina amat menggembirakan penghuninya.

Turut serta didalam kunjungan itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh, ustaz Johari Ishak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.