Selasa, 13 Januari 2009

PENYEMBELIHAN YAHUDI KEATAS ORANG ISLAM



"Engkau akan dapati(wahai Muhammad)orang-orang yang paling bermusuh dengan orang islam itu ialah orang Yahudi dan orang Musyrikin"(Al-Maidah:82)

Selasa ,13/01/2009 - Jumlah kematian di Gaza mencecah lebih 900 orang kebanyakannya kanak-kanak (277 orang) dan wanita (93 orang) dalam masa 16 hari sementara 4100 orang cedera demikian dilaporkan oleh Dr. Muawiya Hassanein , Pengarah Kecemasan Kementerian Kesihatan.

Pihak Israel terus berlaku kejam dengan melakukan pembersihan etnik dengan membunuh 39 orang dan mencederakan puluhan yang lain pada hari Ahad lalu.

Pengunduran tentera Israel dari kawasan Sheikh Ajlin barat daya Gaza membongkar kekejaman Israel di mana 14 rakyat Palestin dibunuh termasuk bayi berumur 1 tahun dan di kawasan lain pesawat tanpa juruterbang (drone) digunakan untuk membunuh puluhan rakyat Palestin. Para pemerhati hak asasi manusia berkata sejak tindakan kejam Israel mula, mereka telah menjadikan rumah rakyat Palestin sebagai kubu dan menahan rakyat Palestin dalam keadaan menjijikkan tanpa makanan dan minuman.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.